About Me

Assalammualaikum semua .

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Syuhada Salleh. (syuhadasalleh[dot]com)

Ini adalah blog personal saya. Blog ni baru diwujudkan tahun 2017 (Jun).

sedikit info mengenai blog dan saya:

Saya telah berblogging hampir 10 tahun. Blog saya sebelum ni www.syuhadasalleh.my telah didelete oleh google atas sebab yang tak dapat dipastikan. Mungkin saya telah violate terms yang disediakan mereka atau mungkin ada yang tak berpuas hati dengan blog saya. Itu saya kurang pasti.

Apapun, saya dah decide untuk buat blog baru ni dengan self hosting dari WordPress.

sebelum ni saya mengggunakan blogspot sahaja. jadi banyak yang perlu saya belajar lagi mengenai wordpress.

still sedih sebab blog lama ada pelbagai entri berkaitan kisah hidup saya, travel entri saya.

Dari zaman belajar sehinggalah saya mula bekerja.

Tapi takpe, kita mulakan blog baru. Hopefully blog yang dulu dapat recover, jadi boleh transfer entri-entri penting ke blog ni untuk disimpan sebagai kenangan..huhu

Do support me, guys. Thanks.

kings park, perth . Gambar kenangan ketika bercuti di Perth bulan April 2017 lepas.

My current status:

Berasal dari Penang.

Menetap sementara di Sabah. Bekerja sebagai MO di KK. Kini sudah hampir 3 tahun menetap di sana. (sejak Aug 2014).

Kenapa Sabah?

selalu orang bertanya sebab saya bekerja di Sabah. Kena hantar ke sana ke?

Tak lah. Sebenarnya saya sendiri yang memilih untuk bekerja di Sabah. (masa mengisi borang penempatan selepas tamat belajar dulu, saya meletakkan pilihan Sabah sebagai pilihan pertama saya)

Kenapa?

Sebab saya jatuh hati dengan keunikan dan keindahan alam semulajadi yang terdapat di sana. Kali pertama saya ke Sabah semasa tahun 2013. Melancong bersama kawan satu universiti ke sini. (saya ada menulis di blog dahulu juga, malangnya blog tu dah tak ada). Balik dari Sabah, terus saya tertarik untuk bekerja di sana. Jadi, sampai sekarang saya masih bekerja di sana. Ada banyak lagi tempat menarik yang saya belum habis jelajahi. Akan saya update di blog ini juga dengan tajuk ‘Jalan Jalan Sabah’. Nantikan ya.

Loves,

Syuhada Salleh

-part time blogger-traveller-korean drama lovers- loves to read novel-