Krabi 2019: Day 3 Part 2 – Dinner di Bangboo Seafood dan makan Pancake Yanmila
Krabi 2019: Day 3 Part 2 – Dinner di Bangboo Seafood dan makan Pancake Yanmila | Salam korang. Malam terakhir kami di Krabi.
Malam terakhir ni memang plan nak makan dekat tempat proper sikit. Malam sebelum ni makan di Krabi Night Market & food court je so malam ni makan besar sikit. Baki bath pun masih ada lagi, jadi baik habiskan terus malam ni.
Sebelah pagi, kami ke pulau-pulau. Malam ni tak ada plan apa, just nak makan je dan jalan-jalan sekitar Masjid Ao Nang.
Dalam pukul 6.20 petang macam tu, aku dan Hajar keluar dulu untuk pergi massage buat kali terakhir sebelum balik esoknya.
Kami berjalan menuju ke arah Masjid Ao Nang sebab Hajar cakap dekat sebelah situ pun ada banyak kedai massage cuma harga dia fix la. Tak boleh tawar menawar.
Mulanya kami nak pergi ke kedai massage semalam je, tapi bila fikir balik kedai tu agak jauh dan kami pun sakit kaki tak larat nak jalan sangat so kami decide untuk ke tempat lain je.
Nanti kami akan dinner di area situ juga, so bagus cari kedai massage kat situ je.
Kami berjalan dalam beberapa minit juga la sebelum masuk ke kedai massage yang kami rasa berbaloi. Dalam 7.45 petang macam tu, kami dah siap massage.
Plan seterusnya adalah untuk dinner di Bangboo Seafood. Rupa-rupanya kedai massage ni bertentangan dengan Bangboo Seafood je. So tak payah jalan jauh dah. yeay!
Kami nampak Pini dengan Safi pun dah ada dekat situ, diorang pun baru je sampai. Memang bagus kami timing haha.
DINNER DI BANGBOO SEAFOOD
Antara makanan yang ada di Bangboo Seafood
Dah siap order, online jap guna wifi sini.
Kami order ikan steam masak limau, tomyam seafood dan sotong goreng tepung di sini.
Ikan Steam Masak Limau
Tomyam Seafood
Sotong Goreng Tepung
Total makanan 875 bath. So bahagi 4, sorang dalam 220 bath. Bagi aku berbaloi sebab sedap.
Lepas makan, kami jalan-jalan di sekitar Masjid Ao Nang sambil tengok souvenirs dan cari Pancake Yanmila. Kedai pancake yang agak famous di sini.
Masjid Aonang
Nak juga bergambar di depan Masjid Aonang
Pelbagai perisa pancake yang ada dijual di sini.
Banana Cheese Pancake & Chocolate Banana Pancake
Pancake dia sedap!
Selain tu ku beli thai tea mix 3 paket dengan harga 250 bath. Dan kami beli tomyam paste (dalam paket plastik) dengan harga 210 bath sebagai souvenirs.
K bye!