Nook Cafe, KK
Nook Cafe, KK | Salam korang. Weekend ni kononnya plan nak ke Kudat, nak ber’stargazing’ la, tapi tak jadi. Kenapa tak jadi? Sebab kawasan Kota Belud kan tengah banjir, jadi tak dapat lah nak ke Kudat. Untuk ke Kudat kena lalu Kota Belud dulu. So, kalau dah banjir, stuck la tak dapat pergi.
Plan asal nak ke Kudat sebab Syair (kawan U kami) turun KK dari Keningau. Ingat nak ke Kudat sebab nak mandi pantai juga sambil ‘stargazing’ malam tu. Tapi itu lah, plan tak selalunya jadi. Nasib baik belum book lagi resort/homestay di Kudat tu.
Disebabkan kami tak jadi ke Kudat, Syair turun ke KK lambat sikit. Petang sabtu semalam baru dia sampai KK. Kami terus ke area Australia Place tu sebab nak cari coffee shop yang best. Biasa dah pernah ke October. Jadi petang kelmarin kami decide untuk cuba coffee Shop baru pula, Nook Cafe.
Nook Cafe
Sekitar Nook Cafe,KK
Ada 2 bahagian di sini. Bahagian atas dan bawah. Kami pilih seat bahagian atas. Ada 2 meja sahaja di bahagian atas tu.
Bahagian bawah. Macam biasa, kena order dan bayar terlebih dahulu.
Syair tengah pilih menu apa yang nak diorder
Dari bahagian atas Nook Cafe
Menu yang ada di Nook Cafe,KK
Antara makanan yang ada di sini. Ada sandwich, pasta, waffles dan pancakes
Minuman yang ada di sini.
Makanan yang kami order di Nook Cafe, KK
Kami pilih sorang satu coffee. Aku punya Iced Latte (RM 12) , Syair minum Hot Latte (RM 11) dan Atim minum Hot Cappucino (RM 11).
Jangan lupa tambah sugar syrup dia. Aku tak suka sangat minum kopi yang pahit. Kena ada rasa manis sikit.
Kami order satu set sandwich je. Nama set ni Which Came 1st Sandwich (RM 16). Ada 2 keping sandwich dan satu mangkuk kecil chips (sweet potato)
Inti sandwich ni sedap juga. Ada telur, ayam dan salad.
Bagi aku, rasa kopi di sini OK OK aje lah. Haha. Tapi aku suka design coffee shop ni. Cozy je nampak.
Nook Cafe
Alamat : Australia Place, 8, Lorong Dewan, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: 8am- 10pm
Contact: 088-277 341
pelbagai menu juga disediaakn =D